Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kesan pengambilan ubat selesema ubat cetirizine

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: April 29, 2020 9:24 AM

Sulit 2 bulan

Saya wanita berusia 31tahun. Hari sabtu hari tu saya ada selesema, jadi sy makan ubat cetirizine. Lepas tu selesema hilang, tapi selepas itu ada batuk dan tak sedap tekak. Rasa ada kahak tapi tak keluar dengan sepenuhnya dan masih rasa tak selesa. Dan saya dapati makan ubat itu membuat kan sy mengantok dan juga mendapat pedih ulu hati, pedih tekak. Bahagian dada rasa tak selesa lebih-lebih lagi bila nak tidur. Adakah betul ubat itu memberi sy kesan yang sebegitu?

Dr Sri Viknarajan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Untuk pengetahuan puan/tuan, ubat Cetrizine mengandungi bahan seperti antihistamine serta anti-alahan ( antiallergics ). Indikasi untuk ubat ini adalah seperti berikut:

  • Alahan kepada makanan ataupun persekitaran
  • Hidung dan mata berair
  • Selsema ataupun bersin
  • Gatal

Kesan sampingan yang mungkin dialami oleh pesakit dalah seperti berikut:

  • Mengantuk serta pening kepala
  • Mulut kering
  • Alahan kepada ubat
  • Keletihan

Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian.

Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Wed Apr 29 2020 09:24:40 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Selsema dan bersin leboh 2 minggu saya mengalami selsema hampir 2 minggu Baca lagi...
40 hari
Sulit
Saya selesema Dan kahak serta hingus Saya berdarah Saya remaja 18 tahun…Sejak seminggu ini keadaan Saya begitu Baca lagi...
4 bulan
Sulit
Selsema hidung tersumbat berpanjang Saya laki dlm 20an sy mengalami selsema hidung tersumbat dlm tempoh 1bulan lebih Baca lagi...
57 hari
Sulit
Anak mengalamI allergi rhinitis Allergi rhinitis Salam sejahtera Anak saya berumur 10 thn dan mengalami allergi rhinitis yg teruk.doc yg merawatnya sblm ini hanya memberikan ubat chloropheramine utk mengawal maslah trsbt. -Apakah ubat terbai… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Kerisauan tentang seseorang yg bersin bersebelahan Sy lelaki berusia 31 tahun.baru2 ini saya ada ke pasar raya.lalu seorang wanita bersin di sebelah saya Tetapi saya memakai mask pada ketika itu.bolehkah virus menjangkiti sy wlupon sy memakai m… Baca lagi...
18 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi