Sulit
4 tahun
Kesuburan sangat rendah
Saya wanita 25 tahun mempunyai masalah kesuburan saya sudah berkahwin ingin mempunyai cahaya mata tetapi kesuburan sangat rendah bagaimana nak meningkatkan kesuburan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu sukar untuk menimang cahaya mata. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara.
Punca ketidaksuburan bagi lelaki:
- masalah pembentukan sperma
- masalah hormon
- Lelaki yang telah menjalani pembedahan vasektomi
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
Punca ketidaksuburan bagi wanita
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah kekurangan hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- kesan jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































