Sulit
3 tahun
Kesukaran bernafas ketika berbaring, nafas menjadi pendek
Saya wanita umur 21. Saya sering mengalami ketat dada, nafas menjadi pendek dan sukar bernafas ketika baring. Saya juga mempunyai penyakit asma tapi tidak mempunyai gejala teruk seperti batuk. Adakah saya perlu berjumpa doktor walaupun tidak mempunyai simptom serangan asma yang begitu ketara?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah sesak nafas ketika baring kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.