
gbah79
4 tahun
Ketagih Terhadap Onani Memberikan Kesan Yang Sangat Buruk Terhadap Fizikal Dan Mental
Salam doktor, saya wanita berumur 21 tahun. Dahulu, berat badan saya adalah 75. Saya ketagih melakukan onani sejak dahulu lagi. Tetapi, semenjak sambung belajar ke peringkat lagi tinggi, saya mengalami banyak masalah seperti susah bergaul menyebabkan aktiviti beronani saya semakin meningkat. Malang tidak berbau lagi, apabila berlaku PKP, sepanjang tempoh tersebut, saya lebih banyak membuang masa saya dengan beronani disebabkan kekurangan aktiviti. Akibatnya sekarang, antara kesan-kesan yang ketara adalah, bahagian atas kiri saya (muka, leher, dada, payudara, lengan) terasa tidak seimbang, tertarik, tidak selesa, cepat kebas dan lebih berat berbanding dengan bahagian kanan. Selain itu, bahagian bawah kanan saya pula (faraj, kaki dari atas smpai bawah) terasa lemah, sakit2 sendi dan tidak selesa terutamanya bila berjalan. Masalah ini juga menyebabkan saya susah bernafas, berat badan saya menurun ke 66kg, jerawat tumbuh di bahagian muka dan leher saya terutamya bahagian kiri. Selain itu, saya mengalami perasaan sedih kerana mengingati semula momen2 dahulu dan menyebabkan kehidupan harian saya terjejas. Pemakanan saya juga tidak teratur dimana saya tidak tahu bagaimana dan apa makanan yang seimbang saya peelu makan. Saya juga cepat marah dan cepat menyesal, dan ia menyebabkan saya tidak terurus, fokus dan cepat lupa. Bagaimana cara untuk saya mengubah hidup saya doktor? Adakah peluang untuk saya sihat sediakala akan berlaku? Adakah sakit saya tersebut berkenaan dengan saraf saya doktor?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar dibendung. Ketagihan tersebut dapat menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti & kepuasan kepada hubungan seksual sebenar
- Menimbulkan rasa bersalah & menurunkan keyakinan diri
- Menurunkan produktiviti harian
- Trauma pada alat kelamin
Onani tidak dapat dipastikan untuk membuatkan seseorang lemah, letih dan gejala yang anda jelaskan namun ianya boleh berkait rapat kerana tabiat itu akan mengganggu interaksi hormon dalam badan. Kekerapan melakukan onani boleh menyebabkan kekurangan tenaga seksual serta pelbagai masalah lain. Oleh itu, aktiviti onani ini tidak digalakkan kerana faktor-faktor tersebut.
Justeru kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Bersenam atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Perbanyakkan aktiviti keagamaan
Anda memerlukan bantuan mengenai masalah peribadi? Doktor pakar psikiatri kami sedia membantu.
Oleh itu, anda harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.