Sulit
3 tahun
Ketagihan onani dan kesannya
Saya seorang lelaki yang berumur 21 tahun. Mengalami ketagihan beronani dan nafsu terhadap lelaki ketika berusia 13 tahun. Perkara ini berlaku ketika pak cik saya melakukan onani terhadap saya. Sejak itu kami melakukan seks ringan seperti onani antara satu sama lain tanpa memasukkan zakar ke dalam dubur sehingga ke hari ini.Saya merasakan ketagihan sejak hari itu dan berlarutan sehingga sekarang. Baru2 ini saya mendapati kesan hitam seperti lebam di bahagian kepala zakar. Soalan saya adakah perbuatan pakcik saya onanikan saya mendorong kepada nafsu terhadap lelaki dan apakah kesan lebam pd bhagian kepala zakar?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ketagihan onani.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, perbuatan pakcik anda adalah salah dari segi undang undang Malaysia. Pakcik anda boleh di dakwa di bawaha Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana melakukan gangguan seksual kepada anda tanpa rela dan perkara itu juga berlaku ketika anda masih berumur bawah 18 tahun. Sila berhubung dengan pihak berwajib sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut.
Perbuatan yang dimulakan oleh pakcik anda telah menyebabkan anda ketagih dengan onani. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual.Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar untuk dibendung. Ketagihan akan menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti kepada hubungan seksual sebenar, oleh sebab itu, walaupun setelah berhubungan anda masih mahu beronani
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat sulit
Kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Riadah atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Pratikkan aktiviti keagamaan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.