
Sulit
3 tahun
Ketepatan Result HIV selepas 1 tahun
Last exposure (oral sex) : 25 Jun 2021
Selepas 1 tahun 4 bulan tanpa terdedah dengan aktiviti berisiko, saya telah mengambil test hiv lab dengan result HIV ag/ab screening CMIA : non reactive
Adakah sah saya tiada virus hiv dalam badan dan perlu ke mengambil test hiv lab sekali lagi bagi pengesahan non reactive?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian HIV dilakukan untuk mengetahui sama ada dijangkiti virus HIV atau tidak. Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda menyetakan bahawa anda telah melakukan ujian HIV dan menunjukkan hasil negatif. Keputusan tersebut adalah benar dan anda tidak perlu untuk mengambil ujian sekali lagi. Jangkitan HIV ini berbeza setiap orang berdasarkan kepada sistem imun badan masing-masing.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.