Sulit

6 tahun

Ketidakselesaan di pangkal paha (di dalam vagina) dan pendarahan yg banyak seperti hati ayam semasa bersama suami

Selamat tengahari doctor. saya bella berusia 29 tahun. Bermula datang haid pada usia 13 tahun. Kitaran period dalam 28 hari. Mempunyai period yang tidak teratur seperti yg dikatakan doctor saya (period dalam 3 - 4 hari kemudian kering atau keluar sedikit). Pada awal tahun 2011, saya telah berkahwin dan bersalin pada 2/2/2012 dan bercerai setelah bersalin. Anak saya kini berusia 7 tahun. saya tidak mempunyai pasangan setelah bercerai sehinggalah pada minggu lalu, 15/9/2019 saya telah berkahwin. semasa melakukan seks, suami berkata, dia terasa sesuatu yg pejal dan keras di bahagian kemaluan sebelah kanan saya seperti ketulan sebelum saya terasa sakit dan menghentikan seks kami. Melihat terdapat ketulan darah di bahagian kemaluan saya. saya bangun dan terus ke tandas untuk basuh, darah keluar dengan banyak berketul-ketul bagaikan hati ayam. saya tidak berasa sakit pada ketika itu. tetapi, pendarahan berterusan sehingga 1 setengah hari dan kemudian berhenti. saya mula panik dan berasa takut saya mempunyai penyakit yg sangat serius. untuk pengetahuan, beberapa bulan kebelakangan ini, saya memang berasa ketidak selesaan dibahagian pangkal paha (sekitar dalam vagina sebelah kanan). terutama ketika datang bulan. seperti sesuatu yg bergumpal didalam. saya mengambil keputusan berjumpa doctor pada selasa lalu 17/9/19, dan telah membuat ultrasound tetapi doc tidak menemui sebarang keanehan. saya kemudian di refer ke klinik kesihatan sek 7 utk pap smear yg dijadualkan pada 27/9/19 ini. pada 17/9 tersebut saya hanya melakukan vaginal checking, vaginal screening, test darah utk hep B dan C serta test HIV. keputusan hiv adalah non reactive. doctor hanya membekalkan ubat antibiotic metronidazole 200mg utk 5 hari. tetapi sekarang saya mula berasa ketidakselesaan pada pangkal paha/vagina/serviks/pangkal rahim sebelah kanan (sebenarnya saya kurang pasti bahagian mana yg berlaku pendarahan). persoalannya, apakah pendapat doctor?, adakah saya mempunyai penyakit yg serius? adakah kes yg lebih kurang sama dengan saya? adakah faktor saiz zakar suami boleh menjadi penyebab kemaluan cedera? kerana saiz zakar suami yg besar dan saya pula menggunakan serum pengetat vagina(vgrip) yg dibeli dari lazada. Baru2 ini baru saya tahu serum yg saya beli kemungkinan mengandungi mercury yg merbahaya kerana hanya di jual di web hq sahaja dan tidak terdapat di lazada atau shopee. saya mengalami kesukaran untuk tidur kerana kerisauan melampau dan berasa terlalu takut. saya juga murung kerana memikirkan tanda2 yg ada pada saya, sama seperti dalam carian di google seperti, pada minggu ini perut berasa berangin (bloating) dan sering kentut, pendarahan serta sakit ketika seks.

Makluman tambahan,pada tahun lalu (2018), saya telah disahkan mempunyai penyakit hypertiroid, gerd dan anxiety serta depression dan mempunyai ketulan kecil di tiroid tetapi tidak mengambil sebarang ubat tiroid. saya juga mempunyai penyakit gerd dan anxiety yg agak serius sehingga mengambil pil anti depression. beberapa tahun sebelum itu(mungkin sekitar 5 tahun ini), saya pernah mengalami pendarahan (seperti buasir) di bahagian dubur tetapi tidak pernah berjumpa doctor. hanya mendapatkan rawatan klinik sahaja.

Doctor, saya menghargai setiap jawapan yg diberikan. kerana saya berasa doctor yg merawat saya seperti tidak memberi maklumat yg cukup untuk saya.

Terima kasih.
Bella (0163259020)

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, perdarahan setelah berhubungan seks boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:

  • jangkitan
  • faraj kering
  • faraj luka
  • ketumbuhan mulut rahim
  • luka mulut rahim

Merujuk kepada senarai diatas, adalah jelas bahawa pemeriksaan lanjut perlu dilakukan bagi memeriksakan kemungkinan kejadian hal diatas. Diagnosis tidak dapat ditegakkan tanpa pemeriksaan fizikal, pemeriksaan vagina, pemeriksaan darah dan sebagainya.

Merujuk kepada masalah dan keluhan lain, apabila penyakit hipertiroid tidak diubati atau arahan pengubatan tiroid tidak diikuti dengan sempurna, ia boleh menyebabkan gangguan terhadap sistem tubuh kita. Hal ini kerana, hormon tiroid berfungsi dalam banyak proses-proses tubuh terutamanya proses metabolisme, pertumbuhan, proses yang melibatkan penggunaan bahan-bahan makanan seperti protein, karbohidrat dan koleterol serta lain-lain.

Hipertiroid secara umumnya adalah suatu keadaan yang mana terdapat produksi hormon tiroid yang berlebihan dalam tubuh. Apabila hormon ini terdapat secara berlebihan, ini bermaksud proses diatas akan bekerja dan berjalan secara berlebihan. Keadaan ini ibaratnya mengakibatkan tubuh bekerja keras sehingga “overworked”. Antara kesan daripada peningkatan hormon hipertiroid adalah seperti berikut:

  • Jantung berdegup terlalu laju
  • Berat badan menurun
  • Nafsu makan bertambah
  • Badan sering panas, mudah berpeluh walau dalam tempat sejuk
  • Otot lemah
  • Terketar-ketar
  • Kemurungan (depression)
  • Mudah lupa
  • Ketidaksuburan
  • Hilang haid
  • Mata membesar
  • Susah tidur

Memandangkan puan amat terkesan dengan situasi ini, adalah amat digalakkan untuk puan merujuk ke doktor dan berbincang tentang semua sejarah dan riwayat kesihatan anda. Hal ini adalah supaya pengubatan yang diberikan adalah bersifat komprehensif. Untuk mendapatkan perawatan dan konsultasi yang lengkap tentang masalah ini, adalah disyorkan untuk anda merujuk doktor pakar sakit puan (obstetric and gynaecology atau singkatannya O&G).

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

jeremy-bishop-h9NU6laTNzM-unsplash-2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)