Tanya Doktor: Ketulan didalam payudara


Sulit Pesakit 19 hari

Hi doktor, saya mempunyai isteri berumur 26 tahun, sejak kebelakangan ini isteri saya mempunyai sesuatu ketulan (bulat seperti guli) di payudaranya dan sering mengatakan sakit apabila baring mengereng, ataupun mendukung kanak² , ketulan itu makin membesar tetapi tidak mendadak, adakah ketulan itu barah? esok saya berjumpa dgn pakar payu dara bersama isteri saya,harap doktor dapat membantu kebuntuan saya, terima kasih

Dijawab oleh doktor
Dr Ramzdhan Doktor 19 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, ketulan ataupun benjolan di payudara boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Fibroadenoma sejenis tumor yang terdiri atas kombinasi tisu fiber dan biasanya jinak (bukan kanser)
  • Fibrocystic breast adalah pembentukan fiber and cyst (berisi cairan) yang biasanya sakit dan jinak (bukan kanser)
  • Fat necrosis adalah akibat pengumpulan lemak
  • Intraductal papilloma biasanya terkait dengan saluran susu

Untuk info dan keterangan lanjut, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Last Updated: Tue Nov 19 2019 22:14:28 GMT+0800 (+08)
4.88


Tanya Doktor Dalam Talian
Dalam mesyuarat sepanjang hari?
Hubungi seorang doktor dalam talian!
Tanya Doktor dalam Talian
Tanya Doktor Percuma Diskaun Hingga RM12 bagi Ubat & Suplemen