
Sulit
4 tahun
Ketulan kawasan vagina
Hi. Saya seorang perempuan, belum berkahwin dan tidak pernah melakukan sebarang aktiviti seksual.
Di bahagian vagina saya, secara tiba tiba muncul beberapa ketul bulat, seperti ketuat. Tapi saya tidak pasti. Tidak sakit. Tetapi saya ingin tahu apakah punca muncul nya ketuat ini dan adakah vagina saya dijangkiti penyakit bahaya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ketulan ataupun ketumbuhan di bahagian faraj. Untuk makluman anda, secara amnya, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya ialah:
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa, folliculitis)
- jangkitan kuman (i.e. vulvovaginitis)
- gangguan kulit (i.e. dermatitis)
- Gangguan kelenjar bartholini
- gangguan kelenjar minyak dan lain-lain
Untuk mengetahui rawatan yang tepat mengatasi masalah ini, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Anda digalakkan untuk menjaga kebersihan dengan membersihkan menggunakan air yang bersih, tidak memakai seluar dalam yang ketat dan kerap menukar tuala wanita ketika datang haid.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Jika masalah ini berlarutan dan semakin mengganggu anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Maklumat dan pemeriksaan lanjut diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah anda? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!