Sulit
4 tahun
Kitan haid dalam hari yang tak cukup
Hello Doc, saya berumur 32 tahun, dan saya tenggah planning utk baby sejak 4 tahun.haid saya sebelum kahwin 5 to 6 days. but sejak 5 tahun nie selepas kahwin haid saya sekejap ada, sekejap tak ada. contohny hari ini i keluar haid with heavy flow for 2 days, selepas tu 3rd day and 4 day tak ada… after that 5th and 6th day ada sikit sikit. saya nak tahu kenapa keluaran haid saya ada masalah macam ini. Disebabkan haid ker saya tak dapat hamil lagi? please advice. thank you in advance.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Berkenaan masalah sukar hamil, boleh disebabkan oleh:
- Salah masa (hubungan kelamin diadakan bukan pada hari kesuburan)
- Masalah pada sperma pasangan lelaki
- Masalah pada ovari atau struktur organ kehamilan
Anda boleh baca lebih lanjut di sini mengenai tips untuk mudah hamil.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























