
Sulit
5 tahun
Kitar haid dan pil perancang
Salam doktor, sy nak tny, adakah mkn pil perancang akan buat kitar haid tdk teratur? Mksd sy, kitar haid ble jd lewat @ lebih awal. Ni bulan kedua sy mkn pil perancang…utk mklmn sy mkn pil perancang noriday

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, pil perancang boleh memberi pelbagai kesan sampingan. Antaranya:
- loya atau muntah
- emosi tidak stabil
- perut berangin
- kitaran haid tidak teratur
- perubahan berat badan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.