Sulit

5 tahun

Kitaran haid yang tidak teratur dah keluar darah bergumpal

Saya wanita dalam lingkungan umur 20 an. Pada 4 hari bulan march yang lalu, saya mengalami pendarahan haid yang berwarna coklat gelap. Namun darah yang keluar sangat lah sedikit, hanya setitik dua sahaja. Pada hari yang berikutnya sehinggalah pada hari ini, iaitu 13 march, keadaanya tetap sama. Saya juga tidak memerlukan penggunaan pad kerana tiada keluar darah haid. Yang ada hanyalah gumpalan darah yang berwarna coklat gelap. Untuk pengetahuan, saya juga terlepas had saya pada januari yang lalu, mana kala pada bulan 12 2020, haid saya adalah normal. Saya juga ada mengalami nyeri pada bahagian bawah abdomen. Ia bermula dari haid yang saya alami pada bulan 12 yang lepas sehingga hari ini. Namun kekerapannya juga telah semakin berkurangan. Selera makan saya semakin berkurang namun berat saya tidak menurun. Saya juga menjadi mudah lesu dah emosi mudah terganggu.

Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami memahami keresahan yang dialami oleh pihak anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.

Gejala ketulan darah dan periubahan warna lendir haid (coklat gelap) yang dialami secara tiba-tiba boleh dikaitkan dengan

atau disebabkan oleh

  • Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
  • Gangguan stress
  • Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
  • Penggunaan ubat tertentu

atau ia juga boleh menandakan keadaan yang lebih serius seperti

  • Gangguan sindrom ovary polycystic (PCOS)
  • Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
  • Tanda-tanda keguguran
  • atau gangguan organ wanita yang lain.

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa

Anda perlu bimbang sekiranya:

  • ia mengganggu rutin harian anda
  • terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
  • perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)

Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.

Diharapkan juga anda tidak melakukan hubungan bersama suami semasa haid, kerana ia adalah amalan yang tidak sihat dan boleh menyebabkan jangkitan kelamin mudah berlaku.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

menstrual-cycle_problems%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)