
Sulit
3 tahun
Klinik atau Hospital untuk HIV Test
Hi, saya nak tanya untuk buat HIV test (bukan sebab mahu berkahwin) dimana ya? Apa prosedur nya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami anda ingin mengetahui di mana anda boleh melakukan ujian HIV.
Untuk pengetahuan anda, anda boleh melakukan ujian HIV di mana-mana klinik yang berdekatan. Prosedurnya bergantung pada jenis ujian HIV yang anda ingin lakukan. Jika rapid test, doktor hanya memerlukan menitik darah kepada test kit untuk mendapatkan keputusan dalam beberapa minit.
Manakala anda boleh mendapatkan keputusan yang lebih cepat jika melakukan ujian darah untuk HIV. Doktor akan mengambil darah anda dan menghantar darah tersebut ke makmal dan anda akan mendapat keputusan dalam beberapa hari.
Jika anda mempunyai persoalan lain tentang masalah kesihatan, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami harap soalan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.