Sulit
4 tahun
Kolesterol tinggi & Minyak kelapa Dara
Bolekah seseorang yang menghidap kolesterol yang tinggi untuk mengambil minyak kelapa dara semasa beliau sedang mengonsumi pil kolesterol?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pada dasarnya jika minyak yang digunakan adalah untuk tujuan sapuan atau luaran, ia tidak akan mengganggu pengambilan ubatan secara oral. Pengambilan ubat kolesterol juga perlu dikuti oleh senaman dan pemakanan seimbang yang disarankan oleh doktor anda bagi memastikan tahap kolesterol berada pada tahap yang rendah. Ubat sahaja tidak mencukupi jika tidak diikuti dengan perubahan gaya hidup seseorang. Jika anda mempunyai soalan secara privasi mengenai masalah kesihatan anda, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.