
taskaimpianaznie
5 tahun
Kramp abdomen dan sakit
Hai doktor, saya wanita 30 an tidak pernah mengandung dan bukan mengandung. Tetapi saya sering kram abdomen dan ianya amat perit. Bila berlaku kram seolah2 ada batu diabdomen saya bergerak kekiri dan kekanan dengan pantas dan memeritkan. seharian saya akan kesakitan dan berlakunya loya dan ingin pengsan. Mengapa berlaku perkara ini dan simptom penyakit apakah ia?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cramp abdomen boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sembelit:
Kebanyakannya disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang iaitu diet yang tidak mengandungi sayur-sayuran dan buah-buahan. - “Bowel obstruction”/usus tersumbat:
Perkara ini terjadi apabila usus anda tidak dapat bergerak atau sesuatu menghalang usus dari dalam atau menekan usus dari luar. Tanda utama ialah pesakit tidak dapat membuang air besar - Batu karang:
Batu karang di buah pinggang boleh menyebabkan rasa sakit yang terasa seperti tikaman di pinggang kerana batu tersebut tersekat di saluran antara buah pinggang dan pundi kencing - Jangkitan buah pinggang/jangkitan air kencing:
Selain sakit perut bawah, jangkitan ini akan membuat pesakit rasa penat, demam dan menggigil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.