
Sulit
5 tahun
Kulit gatal pada anak
Badan gatal-gatal kena gigitan flea kucjng, terutama anak yang memang agak alergic dengan gigitan serangga seluruh badan dia bengkak-bengkak dan ada yg menjadi boil.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kebiasaanya masalah ini boleh sembuh dengan sendiri. Namun begitu, bagi mengatasi masalah ini:
- Menggunakan krim anti-gatal dan antihistamines yang boleh didapatkan di farmasi
- Jangan garu
- Sekiranya terdapat jangkitan (nanah atau kemerah-merahan), pergi dapatkan nasihat doktor
- Elakkan bermain dekat dengan kucing tersebut
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.