Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kulit/isi bertukar warna

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Mei 4, 2022 3:05 PM

Sulit 13 bulan

Saya berumur 20an, sejak beberapa hari lalu, saya perasan bahawa area lubang V saya bertukar warna menjadi pucat. Saya harap Dr boleh bantu saya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 13 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, warna putih di kawasan lubang V mungkin disebabkan oleh infeksi jamur yang bersarang di kulit terluar vagina. Infeksi jamur atau mikosis merupakan penyakit yang disebabkan oleh jamur. Infeksi jamur seringkali dapat menyebabkan masalah kulit seperti ruam atau benjolan yang terasa gatal.

Ruam akibat infeksi jamur seringkali memiliki beberapa di antara gejala di bawah ini:

  • kemerahan di area infeksi
  • terasa gatal
  • sensasi terbakar
  • benjolan merah dan bengkak seperti jerawat
  • kulit mengelupas atau melepuh

Terdapat beberapa langkah yang boleh anda lakukan untuk mengelakkan masalah ini.Antara yang anda boleh lakukan adalah:

  • Sentiasa menjaga kebersihan kawasan kemaluan

  • Elakkan dari menggunakan pencuci wanita dengan terlalu kerap, basuh dengan air sahaja sudah memadai

  • Amalkan gaya hidup sihat

  • Menghindari pakaian dalam yang terlalu ketat

Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Dikemaskini pada: Wed May 04 2022 15:05:19 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar tentang kesihatan am secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.