Sulit
4 tahun
Kulit kemaluan merah dan pedih
saya lelaki berumur 47 tahun, kulit kemaluan kemerahan kadang lepas bersama rasa pedih mcm ada luka tatapi tidak rasa gatal, lepas dua tiga hari baik, pas tu ada masa cm merah balik.
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan seksual anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah kemerahan dan pedih selepas melakukan hubungan seks. Saya akan cuba memberikan maklumat berkaitan dengan baik.
Untuk makluman anda, kepala zakar yang kemerahan dan pedih boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Balanitis xerotica obliterans ( lichen sclerosus ) penyakit kulit yang terkait penyakit autoimun lain yang khas di zakar
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
- Balanitis Zoon: keradangan kepala zakar pada lelaki berusia
- Kanser penis
- Dehidrasi
Namun anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mendapatkan kepastian bagi mengelakkan berlakunya keadaan yang tidak diingini.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu dan sekiranya anda ingin berbincang dengan lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

































