Sulit
5 tahun
Kulit kepala bedarah dan berair
Saya lelaki ber umur 30 tahun ade masalah kulit kepala berair dan maslah tapak tangan sye kluar biji² kecil berair
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema yaitu mirip alergi atau alahan
- Dermatitis kontak iritan apabila terdedah kepada bahan yang boleh mencetuskan keradangan kulit
- Dermatitis kontak alergi apabila seseorang mempunyai alahan kulit terhadap sesuatu bahan
- Psoriasis sejenis penyakit autoimun
- Dishidrotik ekzema sejenis ekzema
- jangkitan demam campak/cacar air
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































