
Sulit
3 tahun
Kulit kepala zakar ada tompok hitam, gelap dan pudar
Saya banyak onani sehingga kulit kepala zakar berubah kepada pudar dan ada tompok2 hitam seakan lebam di kepala zakar, lubang zakar, dan gelung kepala zakar. Ada juga parut kesan melecet. Soalan saya:
Apakah cara untuk hilangkan kesan2 hitam seperti lebam dan parut melecet itu? Dan bagaimana nak kembalikan warna kepala zakar agar tidak pudar.
Apakah krim yang sesuai? Untuk rawat masalah itu
Menyesal onani. Dah berhenti onani. Terima kasih doktor

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kesan-kesan hitam dan melecet tersebut boleh disebabkan oleh lebam yang terjadi akibat terlalu sering beronani. Kebiasaannya, lebam dan melecet tersebut akan hilang dengan sendirinya tergantung kepada ketahanan imun badan masing-masing.
Setiap ubat-ubatan yang diberi oleh doktor adalah berdasarkan kepada indikasi yang tertentu. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit anda dengan lebih lanjut dan perlu melakukan pemeriksaan fizizkal secara menyeluruh sebelum boleh memberi ubat-ubatan atau krim kepada anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor