
Anonymous
5 tahun
Kuman dalam darah ketika mengandung
Sy suami kepada isteri sy…nk tnya pasal wife sy…dia mengandung… tp ada kuman dalam darah yg tinggi… doktor dah bg antibiotik… tp still ada lg… apa kesan dia

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kuman didalam darah adakalanya tidak mendatangkan masalah kerana pada setiap hari kuman akan dapat menyusup didalam sistem peredaran darah namun dilawan oleh sistem imunisasi badan. Kuman didalam darah yang tinggi walaupun dengan penggunaan antibiotik boleh terjadi kerana beberapa faktor antaranya ialah:
- Belum habis tempoh antibiotik
- Antibiotik tidak tepat pada kuman
- Kuman tahan (resistant) terhadap antibiotik
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.