
Sulit
4 tahun
Kurang ereksi pagi dan alat kelamin kurang padat
Saya laki berumur 20an…sekrang sy perasan tiap pagi kurang ereksi…bila tegang pun kurang padat…apa yg perlu sy lakukan? Ada rawatan or ubat ke yg boleh pulihkan balik…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Mati pucuk
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Merokok
- Mengambil minuman beralkohol
- Obesiti
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Rawatan bagi masalah yang dihadapi oleh anda adalah berbeza mengikut diagnosis. Anda juga boleh melakukan perkara ini sebagai usaha untuk mendapatkan zakar yang tegang:
- Menurunkan berat badan
- Berhenti merokok dan mengambil alkohol
- Mengamalkan gaya hidup yang sihat
- Mengamalkan diet yang seimbang
- Berjumpa dengan doktor untuk rawatan perubatan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.