
einaelish
5 tahun
Kurap kelengkang pungung perut 3 tahun x baik baik
Saya berumur 34 tahun sy stress penyakit kurap kelengkang saya suda dekat 3 tahun x sembuh sembuh.pelbagai ubat krim saya dh cuba .saya guna ecocort mmg bekesan.tapi sampai Bila jika x sapu ubat misti jadi balik

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kurap yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kurap ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat tinea versicolor
- jangkitan kulat tinea cruris
Ecocort pula adalah ubat krim yang mengandungi
- corticosteroid untuk mengurangkan keradangan kulit
- antifungal yang membunuh kulat
Selain dari itu, terdapat beberapa faktor risiko untuk menyebabkan seseorang dijangkiti kulat.
- lebih berat badan
- penjagaan kebersihan yang kurang baik
- penyakit kronik seperti diabetes yang tidak dikawal dengan baik
- pesakit penyakit autoimun dan kanser yang sedang menerima rawatan kemoterapi
Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih