Sulit
6 tahun
Kurap/ kulat/ kegatalan
Hai.saya mengalami gatal2 dicelah peha merebak sehingga ke punggung.dari zaman anak dara sampai dah kahwin tak baik2 jugak.selama sy alami gatal2 ni sy guna ubat econazine.time gatal atau melecet je sy gunakan.baru tahu baru2 ni econazine tak boleh guna pada luka/melecet so tukar kpda fobancort.sy nak tanya apa lg cara yg terbaik untuk legakan gatal ini.sy tak pasti sama ada kurap atau gatal biasa sbb keadaan ni akan lebih teruk bila haid.bila tak gatal keliling celah peha sy bersisik mcm kulit kering trmasuk di kawasan sulit.merisaukan skrg bdn ank sy naik kurap.mohon penjelasan lebih lanjut.terima kasih doc.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada kulit anda boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat - anda perlu mendapatkan pengesahan doktor terlebih dahulu jika ianya jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis/lichen planus
- Alahan dermatitis - pada kain seluar, tuala wanita
- Jangkitan kurap
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kepada pakar kulit. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































