
Sulit
5 tahun
Labia Majora Bengkak (seperti benjolan) sebelah kanan
Ketika mandi tengahari tadi, sedang saya sabun badan di sekitar bawah perut andkemaluan saya, saya perasan bahagian kanan labia majora saya bengkak/berbenjol. Seperti dingigit sesuatu namun saya tidak merasa gatal etc. Kencing saya juga normal. Apakah perlu ke saya risau?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat pelbagai kemungkinan yang boleh menyebabkan gejala bengkak pada kemaluan anda. Antara penyebabnya adalah:
- Radang pada kawasan kemaluan akibat pemakaian pakaian dalam yang terlalu ketat atau kasar
- Jangkitan bakteria atau kulit
- Jangkitan kelamin
- Nanah atau cyst
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan yang sesuai boleh diberikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.