
Sulit
5 tahun
Lambat period dah scan tapi clear cyst. Tiada tanda akan period setepah 3 bulan
Saya berumur 34 tahun, saya memang obesiti namun tiada masalah dengan period saya sehingga la saya melahirkan anak kedua 4 tahun lalu. Kemudian sy breastfeed dia sampai umur 3 tahun dan period saya langsung tiada dalam tempoh tersebut. Kemudian setelah berhenti period saya datang tapi tidak tetap… Paling lama 2 bulan kemudian period seperti biasa. Terkini saya last period 25/6/19(1st day) dan tiada period langsung selepas itu. Hari ni 19/9/19 saya telah pergi scan kerana takut jika ada sebarang masalah. Hasil daripada scan tersebut doktor kata rahim clear, tapi ada clear cyst 1.8mm. Tapi tiada tanda2 saya akan period, lalu doktor hanya bagi ubat hormon. Saya berasa sangsi dengan jawapan doktor tersebut. Boleh doktor bg ayat2 yang meyakinkan saya bahawa saya tidak mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada haid yang tidak datang sewaktu menyusukan, ia adalah kerana proses menyusukan adalah satu bentuk pencegahan kehamilan natural yang mana bermaksud ia berfungsi dalam mencegah kehamilan dengan cara yang mirip dengan pil ataupun suntikan perancang.
Untuk makluman anda, kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak teratur apabila kitaran haid seterusnya datang lebih lambat dari 38 hari atau lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Clear cyst pula adalah sejenis kondisi fisiologis (normal) yang dapat mengenai wanita muda dan akan hilang sendiri dalam beberapa minggu. Justeru, melihat kepada kondisi yang normal dan akan hilang sendiri tanpa ditangani ini, maka masalah yang dikhuatiri adalah haid yang tidak teratur. Sebaiknya, anda mematuhi arahan pengubatan yang diberikan doktor anda supaya kitaran haid anda kembali teratur.
Bagi keterangan lanjut dan untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.