
Sulit
4 tahun
Langkah langkah pencegahan batu karang
Salam sejahtera. Adakah dibolehkan seseorang itu mengambil ubat Utix Effervescent Granules sebagai langkah pencegahan batu karang ? Apakah kesan sampingan daripada ubat tersebut ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, batu karang atau kidney stones adalah hasil daripada pengumpulan mineral terlarut pada lapisan dalaman buah pinggang. Ia biasanya dihasilkan daripada “calcium oxalate” tetapi mungkin boleh berpunca daripada bahan sebatian lain. terdapat beberapa pencegahan batu karang yang boleh diambil. Antaranya ialah:
- Banyak minum air : dicadangkan sebanyak 2 liter per hari atau secukupnya bergantung kepada aktiviti sehari
- kurangkan pemakanan yang kaya kandungan garam
- kurangkan mengambil makanan yang dipercayai cenderung untuk pembentukan batu seperti teh dan kekacang yang kaya dengan oxalate
- hadkan pengambilan protein haiwan, contohnya daging
Mengenai pengambilan ubat Utix, ia biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Kencing kotor
- Kencing sakit
- Ubat pendamping antibiotik
- Gout: ubat ini mengeluarkan uric acid daripada tubuh agar tidak berkumpul menjadi gout
- Batu buah pinggang / batu karang
Ubat ini boleh memberikan kesan sampingan berupa
- Alkalosis atau hipernatremia
- Cirit
Merujuk kepada diatas, harus diketahui bahawa setiap ubat mempunyai indikasi yang bergantung kepada kondisi kesihatan pesakit itu sendiri. Justeru, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan bagi mencegah komplikasi yang boleh memudaratkan kesihatan anda.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Masih gusar dengan masalah batu karang? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.