
yv424503
5 tahun
Lekuk melintang atas kuku apa punca nya
Saya lelaki berumur 38 tahun… Saya perasan baru2 ni ada lekuk melintang atas kuku saya…ni buat saya risau…boleh saya tahu punca nyer doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, lekuk di kuku boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Psoriasis yaitu sejenis penyakit autoimun yang mempercepat kitaran hidup sel kulit
- Dermatitis atopik yaitu sejenis penyakit keradangan akibat alergi
- Alopecia areata yaitu apabila sistem imun menyerang folikel rambut sehingga menyebabkan rambut gugur
- Reiter’s syndrome ialah keadaan autoimun yang terjadi akibat tindak balas kepada jangkitan
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dan dapat menganggu kondisi kuku anda secara fungsional mahupun kosmetik, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.