
Sulit
3 tahun
Lendir kuning keluar dari faraj
Sy baru slps bersalin cizer…dah nk masuk 2bulan…ad kluar lendir kuning2 dkt bawah tapi tak ada bau…adakah itu bahaya?sy agak risau krn baru pertama kali terjadi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, selepas bersalin, darah nifas yang keluar dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia.
Lokia ini boleh berterusan selama enam minggu, sehingga haid akan datang semula walaupun anda tidak menyusu badan atau sedang menyusu badan. Jika terdapat lokia, dan kemudian pendarahan muncul kembali, pendarahan ini dikira sebagai darah haid, dan tidak lagi sebagai darah nifas. Dan pendarahan ini, bukan lagi berkaitan dengan kehamilan.
Namun masalah lendir kuning juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan saluran kencing
- jangkitan kelamin seperti chlamydia, gonorrhoea
- nanah pada pundi kencing ataupun sepanjang saluran kencing
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah tidur dan gastrik cemas yang dihadapi oleh anda.
Semoga penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.