
Sulit
4 tahun
Lendir sentiasa keluar dari vagina yang bukan masa haid
Saya berumur 26 tahun. Saya mengalami masalah keputihan bercampur dengan darah… Kadang2 darah keluar tapi dlm kuantiti yang sikit tapi bukan darah haid.saya sudah merujuk doktor dengan membuat ujian pap smear… Tapi keputusan tiada apa apa. Apakah masalahnya tu doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala keputihan dan titisan darah yang anda alami boleh disebabkan:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Jangkitan penyakit kelamin - jika ada melakukan seks bebas
Untuk mengurangkan gejala yang anda alami, beberapa langkah penjagaan kemaluan boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang keputihan berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!