Sulit
6 tahun
Lenguh-lenguh belakang
Hi doc, sy berusia 30 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga selama 5 bulan. Sy mengalami sakit di bahagian abdomen perut seperti menyucuk² dan perut mengeras seperti kembung perut, sakit belakang(seperti simptom period). Sudah hampir 2 bulan rasanya. Dan dalam 2 bulan ni period sy seperti panjang sehingga 10 hari dari kebiasaannya yg normal dlm 5-7 hari shj. Dan selepas seminggu keluar spotting pink dan brown. Adakah ini normal doc? Apakah ini tanda² mengandung tp sy check upt negatif.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih cepat daripada 24 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara.
Antaranya:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.

































