Sulit
4 tahun
Lewat datang haid selama 7 hari
Salam, sya berumah 25 tahun dh tlah berkahwin selama 6 bln. Sya last period pda 29/2/20. Tapi sekrg sudah lwat 7 hari. Pinggang serta pinggul sya merasa sikit lenguh. Perut sya mula buncit daripda biasa. Adakah itu normal? Sya tidak melakukan upt test untk kehamilan kerana takut untk berharap kerana sblum ni sya lewat haid 5 hari, then buat upt test negative, so untk kali ni sya ingin bertnya kepada doktor. Normal ke lewat haid selama 7 hari??
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Memandangkan anda telah lewat datang haid selama 7 hari,anda disarankan untuk menjalani ujian kehamilan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.