Need Help?

Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Lewat datang haid selepas mengambil morning pill

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: September 22, 2022 11:25 AM

Sulit 8 bulan

saya dan suami telah melakukan hubungan seks. kemudian saya telah mengambil morning pill. seminggu kemudian, sya mgalami pendarahan. should be sya haid pada 16hb. shinnga hrini sya msih belum haid. adakah itu normal ???

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana sudi kongsi kebimbingan anda.

Saya memahami situasi yang dialami dan akan cuba membantu anda.

Terdapat banyak kesan sampingan daripada pengambilan morning after pill. Salah satu kesan sampingan morning after pill adalah:

  • masalah haid yang tidak teratur
  • pendarahan antara haid
  • pendarahan haid yang lebih berat.
  • pening dan muntah

Bagi pengetahuan anda, terdapat banyak lagi kemungkinan haid anda datang lewat seperti:

  • pengambilan pil pencegah kehamilan
  • sindrom ovari polikistik (PCOS)
  • ketekanan
  • kehamilan
  • masalah berat badan seperti obesiti atau pengurangan berat badan
  • makan ubat lain-lain

Untuk mengetahui punca kelambatan haid, pemeriksaan lanjut serta konsultasi doktor diperlukan sebelum membuat kesimpulan. Dengan berbuat demikian, anda boleh mendapatkan maklumat yang tepat untuk punca masalah yang dialami.

Anda boleh bercakap dengan doktor kami untuk mendapatkan maklumat lanjut
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Terima kasih dan saya harap ini menjawab soalan anda.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Thu Sep 22 2022 11:25:22 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.