
Sulit
4 tahun
Lewat haid dan pakai iucd
Saya berumur 35 tahun, memakai iucd dan makan ubat darah tinggi.haid saya sudah lewat 10 hari.haid saya teratur sejak remaja sekiranya berubah tarikh paling lewat pun 5 hari.adakah saya berkemungkinan mengandung? Sekiranya saya mengandung, adakah bayi saya akan mempunyai masalah kerana saya makan ubat darah tinggi.terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, haid lewat selama 4 hari boleh menjadi normal atau sebaliknya. terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- Penggunaan IUCD- boleh menyebabkan haid tidak teratur
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sebolehnya, jika anda menjalankan ujian kehamilan. anda disarankan untuk menunggu sekurang-kurangnya seminggu atau 2 minggu lewat. Mengenai jika hamil dan kaitan dengan darah tinggi perlu pemantauan daripada doktor sepanjang kehamilan.
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.