
Sulit
3 tahun
Lewat period 7hari dari tempoh tarikh sewaktunya datang
Hi doc, saya nak tanya. Saya umur 22tahun. saya dah 7 hari lewat datang period. Kitaran saya biasanya 25-28 hari. Tapi harini dah masuk 32hari. Saya dah cek tapi negative belum lekat lagi & tak ada tanda pregnent. Tapi hari ni pun takda rasa lagi nak period, cuma dah seminggu payudara rasa bengkak. Adakah saya ada masalah rahim dalaman? Nenas saya sudah makan yg selalu saya makan akan period tapi ni tak ada keluar apa apa. Tq doc

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kegusaran dan ketidakselesaan anda berkenaan kelewatan haid serta penyingkiran potensi kehamilan menggunakan pregnancy test.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound.
Bagi mengenalpasti keputusan kehamilan anda diwaktu yang akan datang, anda dinasihatkan untuk melakukan ujian kehamilan semula dengan cara yang betul.
Umumnya gejala haid yang terlambat ini boleh disebabkan oleh:
- Gangguan stress
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Penyusuan atau kehamilan
- Kesan dari kontraseptif hormon: Pil/Suntikan kontraseptif atau IUCD
Namun begitu, gejala yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Penyakit sindrom ovary polycystic (PCOS)
- Masalah tiroid atau gangauan kadar hormon yang lain
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.