
Sulit
3 tahun
Lewat period pada bulan ini
Hai dr sy berumur 25 tahun. Last period sy pada 5/5 . Dan skrg sy tak datang period langsung. Saya selalu period datang secara teratur sebelum ini. Dah buat upt sebanyak 3 kali tetapi result negatif . Kadang2 sy sakit kepala dan sakit dalam perut . Saya pernah beranak pada january 2020 pramatang leaking ketuban . Saya ingin tahu adakah ada penyebab lain yang menyebabkan saya datang lewat period

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Mengambil pil perancang kehamilan
Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi