
fatin61110
5 tahun
Link to Systemic Lupus Erythematosus, PCOS, Prednisolone, Cellcept and other immunosuppression drugs to covid 19
Saya ada SLE dan makan immune suppressant spt Prednisolone, cellcept and beberapa lagi… since saya ada mkn ubat mcm tu, adakah risiko saya lebih tinggi utk terkena covid 19 ni? Sbb kebanyakan orang yang dijangkiti virus ni kan orang tua, dan yang ada masalah kesihatan… jadi saya nk tanya, kalau saya ni ada SLE, PCOS and makan ubat darah tinggi sbb ada Prednisolone, perlukah saya pakai mask untuk cegah covid 19 ni?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan anda. Menurut penerangan yang telah anda berikan, anda kini makan ubat prednisolone untuk SLE anda. Untuk makluman anda, penggunaan ubat yang merendahkan imuniti anda akan meninggikan risiko anda untuk jangkitan virus atau bakteria secara amnya. Oleh itu, anda harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 seperti memakai mask setiap kali anda keluar ke tempat awam. Selain itu, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Saya berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini