Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Luka di vagina terdapat benjolan2 dan perih terbakar

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: November 5, 2019 8:58 AM

Sulit 8 bulan

Vagina saya bengkak dan pedas rasa terbakar. semalam saya sapu krim yang diberikan oleh doktor. sekarang sudah petang tapi luka di vagina kering dan keras. saya tidak tahu yang keras itu sisa ubat atau luka2 yang ada di vagina saya. luar vagina saya bengkak2, terdapat benjolan2. dan perih terbakar saat saya berjalan mahupun sedang limpang dan saat duduk. juga sangat perih ketika saya kencing rasa terbakar. ini sudah hari ke 3 syaa makan antibiotik yang diberikan oleh doktor saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 8 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anda alami boleh terjadi disebabkan oleh banyak hal. Antaranya:

  • Menghidap penyakit kelamin seperti Bacterial Vaginosis, Candidiasis, Chlamydia, Gonorea, Trichomoniasis, HPV, atau Herpes Simplex.
  • Penggunaan estrogen secara ubat makan
  • Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
  • Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
  • Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj

Sebaiknya anda melakukan pemeriksaan, mendapatkan konsultasi doktor dan memperoleh diagnosis yang benar agar punca sebenar masalah dapat diketahui. Antara yang boleh dilakukan dalam mengatasi masalah ini adalah:

  • Krim antikulat bagi jangkitan kulat
  • Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
  • Kerap tukar pakaian dalam anda

Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Nov 05 2019 08:58:57 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Kesan rawatan keputihan Hai. Baru2 ni saya ke klinik utk mendapatkan rawatan utk keputihan saya. Tapi saya ingin bertanya utk mendapatkan jawapan dgn lebih jelas. Doktor beri saya ubat Nystatin dan ubat anti-fungal. S… Baca lagi...
5 bulan
Sulit
Gatal pada vagina setiap kali datang bulan saya wanita berumur 20 an dan belum berkahwin. saya mendalati setiap kal datang bulan, vagina akan terasa sangat gatal dan bengkak pada bibir vagina. keadaan iniberlarutan sampai saya sudah sele… Baca lagi...
39 hari
afifahrazali001
Kegatalan area miss v Saya wanita dalam 20an. Sy alami kegatalan di miss v selepas sy habis period. Saya dapati ada putih dibahagian miss v yang tak terlalu banyak dan ianya menyebabkan saya rasa gatal dan tak selesa. Iany… Baca lagi...
8 bulan
Sulit
Alergik gatal di faraj Apakah ubat yang sesuai untuk gatal di bahagian farah akibat alergik memakai sesuatu benda .Dah banyak hari gatal tapi still belum hilang Baca lagi...
7 bulan
Sulit
Gatal di faraj dan selaput kekuningan Saya wanita berusia 27tahun dan mempunyai masalah faraj rasa kegatalan sehingga timbul bintik2 merah smpai di celah kelengkang. Dan didlam faraj sy dapati ada seperti selaput kekuningan. Boleh… Baca lagi...
5 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi