Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Makan pil escapelle

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Mac 31, 2021 12:22 PM

Sulit 2 bulan

saya wanita 21 tahun tidak berkahwin tetapi buat seks dan lelaki itu pancut dalam … saya mengambil pil escapelle dalam tempoh 48 jam … kemudian selepas 8 hari saya telah keluar darah seperti period sedangkan saya baru habis period 11 hari yang lalu … adakah keberkesanan ubat itu boleh mencegah kehamilan atau saya sedang hamil?

Dr Sashini Seeni 2 bulan
General Practitioner

Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.

Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, pil tersebut merupakan sejenis pil perancang kecemasan. Anda akan tahu ia telah berkesan apabila anda datang haid dan haid anda kelihatan normal.

  • Kesan sampingan yang biasa adalah keletihan, mual dan muntah. Sesetengah pesakit juga mengalami sakit perut, cirit-birit, pening kepala, sakit kepala, payudara lembut, pendarahan faraj meningkat dan tindak balas kulit.

  • Dalam sesetengah kes, 2-3 hari selepas pengambilan tablet, pendarahan mungkin akan berlaku di mana kebiasanya ia akan berhenti secara spontan. Dalam kebanyakan kes, haid seterusnya akan bermula seperti yang dijangkakan atau agak awal. Sekiranya haid anda lewat melebihi 7 hari, disyorkan untuk melakukan ujian kehamilan.

  • Kesan sampingan lain yang tidak disenaraikan di atas mungkin juga berlaku pada sesetengah pesakit. Maklumkan pada doktor atau ahli farmasi anda jika anda melihat apa-apa yang membuat anda merasa tidak sihat.

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih

Cegah kehamilan dengan langkah yang betul

Dikemaskini pada: Wed Mar 31 2021 12:22:28 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang pil perancang kecemasan secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19