
Sulit
5 tahun
Makan ubt medroxyprogesterone
saya mpunyai haid bpnjang bulan 3 nie …hingga masuk ke buln 4 .dan sya sudah bjmpa dgn dktor pkar puan…result sya mnunjukkn yg sya induksi …dah sya dbri ubat itk regularkan haid smula …sya dbri ubat MEDROXYPROGESTERONE ACETATE 5MG TAB…masa sya bjmpa dgn doktor pkr puan darah haid sya ada brhnti turun .24/4/2020 trikh sy bjumpa dgn pkr puan…stlah balik dri stptal drh sya ada trn ttp coklat…dan esok.juga…hari nie darah yang kluar jumlah sdikit …tp cair …adakah maksud itu sya mmunyi mSalah srius

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh kesan sampingan pengambilan ubat tersebut dimana ianya memerlukan masa untuk mengatur kitaran haid anda. Untuk maklumat tambahan, haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.