Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Makanan yang sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah rendah?

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Februari 15, 2019 2:59 AM

siti 17 bulan

Kakak saya sering pengsan sewaktu disekolah. Mungkin tekanan darahnya rendah. Apa makanan yang sesuai untuk mereka yang menghidap tekanan darah rendah?

Dr Ramzdhan 17 bulan
General Practitioner

Selamat pagi! Terima kasih atas soalan anda.

Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan kakak anda. Untuk menjawab soalan anda, kebanyakkan tekanan darah yang rendah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh badan.

Oleh itu, individu yang mempunyai kekurangan sel darah merah sering mengalami pening akibat kekurangan kadar oksigen di otak. Anda haruslah menggalakkan kakak anda untuk memakan makanan yang berkhasiat dan boleh meningkatkan sel darah merah seperti sayur- sayuran dan buah- buahan.

Sayur- sayuran seperti beetroot, kangkong, bayam dan sawi boleh meningkatkan bolangan sel darah merah. Kakak anda juga haruslah memakan makanan yang kaya dengan zat besi.

Zat besi boleh dikategorikan dalam dua bentuk iaitu zat besi heme dan zat besi non-heme. Zat besi heme boleh didapati dalam makanan seperti:

  • Daging merah (daging lembu atau kambing)
  • Ikan
  • Kerang

Sementara zat besi non-heme boleh didapati dalam makanan seperti:

  • Sayuran berdaun hijau
  • Kekacang
  • Buah-buahan seperti delima

Selain itu, kakak anda juga harus mengambil vitamin seperti:

  • Vitamin C
  • Vitamin B12
Dikemaskini pada: Fri Feb 15 2019 02:59:39 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Dr Ilias Yee 17 bulan
General Practitioner

Selamat petang! Terima kasih di atas pertanyaan anda.

Dalam situasi kakak anda, terdapat beberapa punca pengsan yang perlu dikenal pasti. Bagi wanita, antara punca utama ialah:

  • Anaemia
  • Tekanan darah yang rendah
  • Masalah jantung
  • Tekanan emosi
  • Rasa gelisah atau panik

Oleh itu, sebelum mencuba makanan yang saya akan terangkan selepas ini, saya nasihatkan untuk kakak anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu. Ini adalah kerana pengambilan makanan untuk meninggikan tekanan darah secara berlebihan akan menyebabkan risiko tekanan darah tinggi pada masa hadapan.

Antara makanan yang sesuai mereka yang menghidap tekanan darah rendah ialah dengan pengambilan kafein seperti kopi kerana ia menyebabkan peningkatan darah secara mendadak secara sementara.

Selain itu, pengambilan garam yang lebih juga digalakkan. Pengambilan air yang mencukupi juga adalah penting kerana ia meningkatkan isipadu darah dan mengelakkan dehidrasi.

Pengambilan makanan dalam kuantiti kecil secara kerap dan mengelakkan jarak masa yang lama antara pengambilan makanan juga boleh membantu.

Dikemaskini pada: Fri Feb 15 2019 08:49:11 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Hipotensi dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
suedluv3114
Selalu rasa nak pitam Salam doktor… Saya seorang wanita berusia 35 tahun…sudah berkahwin dan mempunyai 3 org anak… Saya ingin bertanya kepada doktor tentang apa yg pernah berlaku pada saya baru2 ni… Saya mengalami keadaan… Baca lagi...
13 bulan
massita_gween
Pening dan loya berpanjangan hi doctors saya mengalami pening kepala yg agak teruk apatah lagi bila berdiri kepala berdenyut dan terasa nak pitam sering merasa loya tetapi tidak muntah saya membuat ujian kehamilan tapi kepu… Baca lagi...
12 bulan
Anonymous
Tekanan darah rendah, hipotensi Selamat pagi doktor,sy nak tanya…kalau setiap kali cek tekanan darah dan didapati tekanan darah tu rendah,adakah bahaya kalau dibiarkn tekanan darah rendah tu? Dan boleh dikatakan ada dalam 2 ke 3 kal… Baca lagi...
14 bulan
Anonymous
Tekanan darah dan penglihatan kabur salam doktor, tekanan darah saya 86/59…kira cam rendah la kan…pagi ni saya bangun tidur, pandangan mata saya jadi kabur…bukan sekejap…setakat ni dh lebih 15minit, masih kabur. apa patut saya buat? Baca lagi...
11 bulan
miradel.ar3
Kurang garam dalam badan Saya nak tahu lebih lanjut tentang sakit kurang garam dalam badan. Dalam masa yg sama, pesakit ada kolestrol. Umur pesakit 56 tahun. Apakah pemakanan terbaik untuk pesakit tersebut? Sekiranya penin… Baca lagi...
7 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi