
Sulit
4 tahun
Masalah Air Mazi mudah keluar
Saya berumur 20 thn (2021) mengalami masalah Air mazi kerap keluar sama ada naik syahwat atau tidak naik syahwat. Masalah ini sudah hampir 2 tahun lebih saya menghadapinya. Ketika dahulu saya suka beronani dan saya sudah berhenti melakukannya sudah hampir 3 tahun, dan kini saya mengalami masalah ini pula (air mazi kerap keluar) sehingga seluar dalam tak boleh pakai langsung kerana akan timbul syahwat yg seterusnya akan keluar Air mazi. Tak pakai seluar dalam pun Air mazi keluar juga… Saya harap doktor dapat membantu masalah saya ini sebab saya rasa tk berupaya dh kejadian ini berlaku pada saya, saya nak buat kerja-kerja lain yg lebih penting pun jadi susah asyik terfikir takut Air Mazi keluar kerana Najis.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengeluaran air mazi biasanya berlaku sewaktu terangsang secara seksual. Oleh itu, sekiranya air mazi and keluar sewaktu anda teransang, ianya bukan satu masalah yang harus dirisaukan kerana ianya normal.
Akan tetapi, pada sesetengah orang pula, terdapat keadaan apabila air mazi keluar tanpa sengaja, iaitu tanpa berasa ada tarikan seksual, air mazi atau air mani tetap keluar. Pengeluaran mazi tanpa sengaja ini dapat terjadi pada pelbagai keadaan. Antaranya:
- mimpi basah hal ini dapat dianggap normal. Kadang tanpa mimpi terjadi pengeluaran air mazi sehabis bangun tidur
- Kesan samping ubatan
- Masalah prostat seperti keradangan ataupun kanser
- Kerosakan saraf - biasanya terjadi pada usia tua, atau akibat kecederaan, dan jangkitan
Air mazi yang keluar bukanlah penyakit, tetapi merupakan keadaan normal yang dapat dikontrol dengan mengenalpasti aktiviti yang boleh merangsang anda dan mengelakkan diri dari berlebihan melakukan aktiviti tersebut.
ilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.