Anonymous
6 tahun
Masalah batin yang dihadapi oleh suami saya
Sy telah berkahwin dan mendapati suami sy susah untuk climax . Seharian melakukan hubungan seks tetapi suami sy masih tidak menunjukkan tanda- tanda untuk dia climax. Sy agak hairan dan apakah masalah yang dihadapi oleh suami saya? Dan apakah penyelesaian untuk membantu suami sy ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ketika hubungan kelamin ada pelbagai dan cara rawatan juga berbeza. Klimaks lelaki adalah berbeza dimana klimaks lelaki dicapai apabila keluarnya air mani. Antara faktor-faktor masalah hubungan kelamin bagi pihak lelaki adalah:
- Ejakulasi pra-matang
- Mati pucuk - zakar tidak dapat tegang
- Masalah keransangan
- Masalah klimaks - telah capai ketegangan serta minat tetapi lambat untuk klimaks
- Masalah keinginan - tidak berminat dalam hubungan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memberikan kesan kepada hubungan anda dan suami, anda dan suami disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Suami anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih

































