Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah darah penyakit yang lama, masalah haid tidak teratur

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 31, 2020 1:20 AM

Sulit 41 hari

Saya berumur 19 tahun, sepatutnya saya kena haid akhir bulan april 2020,namun saya lambat dalam beberapa hari menyebabkan saya datang haid pada awal bulan Mei dan kena selama 13 hari. Itu memang kitaran haid yang saya selalu kena. Kemudian pada hari ke 8 saya suci daripada haid, saya didatangi darah semula, tapi sayayakin bahawa ia merupakan darah penyakit(isthihadah) sebab ia masih dalam tempoh suci saya iaitu tidak melebihi 15 hati lagi. Sebelum ini juga saya pernah kena pada umur 15/16 tahun. Dan hari ini merupakan sudah cukup seminggu darah penyakit ini masih ada. Jadi, adakah saya mempunyai apa-apa penyakit? saya sangat risau. Terima kasih.

Dr Ramzdhan 41 hari
General Practitioner

Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah haid tidak teratur boleh disebabkan oleh:

  • Masalah ovulasi
  • Fibroid dan polip
  • Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
  • Gangguan pendarahan
  • Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
  • Keguguran
  • Kehamilan ektopik
  • Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim

Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun May 31 2020 01:20:55 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Masalah period atau Obesiti Saya perempuan umur 26 tahun belum berkahwin… tapi pernah melakukan hubungan seks… Saya ada masalah period. Ni dah bulan 4 period saya tidak stabil… datang period… tapi dalam keluar sedikit… kad… Baca lagi...
19 hari
Sulit
Keguguran atau petanda sakit lain? saya berusia 26 thun.kali ini period saya lebih dari 12 hari dan ada ketulan putih dan darah dan macam ada ketulan . daging hancur warna pink. tetapi period ini hanya di dalam bahagian faraj sta… Baca lagi...
27 hari
Sulit
Adakah fisio terapi untuk tulang belakang akan mempengaruhi period dan akan memberi effect yang kurang baik atau apa effect yang kita akan terima? Saya seorang wanita berusia 28tahun dan telah berkawin (6tahun)…pada 2/6/2020 saya telah period selama 2 hari dan sangat sedikit…hanya beberapa titik…saya juga telah cek dan mendapati saya tidak… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Haid Tidak Teratur selama 3 bulan Saya berusia 26 tahun, seorang active sexuality dengan pasangan yang sama sejak 2 tahun yang lepas, tetapi jarang melakukan hubangan. kebarangkalian dalam 3 bulan 1 kali sahaja. kitaran haid say… Baca lagi...
15 hari
Sulit
Hello dokter . saya seorang wanita berumur 20 tahun . saya mengalami period tidak menentu hello dokter . saya seorang wanita bujang berumur 20 tahun . saya mengalami period tidak menentu . seperti 4 bulan sekali baru datang period . sejak dari umur saya 18 tahun lagi . jerawat saya n… Baca lagi...
11 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi