
Sulit
4 tahun
Masalah gatal muka seperti Ada bakteria bergerak sana sini
Doktor,Saya baru2 ini terasa gatal pada kulit muka.Terasa seperti kuman bergerak sana sini ke setiap bahagian wajah muka.
Ianya seperti fungal kerana saya tidak mencuci muka Dan menyebabkan kulit berminyak…mungkin kuman terhasil dari situ…Dan menyebabkan merah pda muka jika disentuh dgn jari.
Saya sudah beli di farmasi menggunakan ubat jenama Ezyma Hydrogel anti-microbial yg jenis spray.Sudah 5 hari pakai tetap rasa gatal yg melampau…masih terasa kuman bergerak seolah tidak mati dengan ubat itu.
Jadi doktor,ubat Jenis nama apakah yg saya perlu pakai yang terbaru untuk jenis anti- kuman atau fungal ini??

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, oleh kerana saiz kuman yang terlalu kecil, ianya tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan juga tidak dapat dirasai pergerakannya terutamanya apabila ianya berada di permukaan kulit. Namun, terdapat beberapa sebab kepada permasalahan gatal kulit seperti:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar kulit. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.