
Sulit
5 tahun
Masalah haid disebabkan ketebalan dinding rahim
Saya wanita berusia 29 tahun… Sudah berkahwin dah mempunyai seorang anak berumur 3 tahun. Selepas melahirkan anak saya kerap mengalami ketidakstabilan hormon. Adakala nya hampir 2 bulan saya tidak mengalami haid… Bila saya buat pregnancy test… Negatif… Bila saya pergi ke klinik… Doktor mengatakan yang rahim saya tebal… Apa patut saya buat untuk period saya kembali normal…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Umur
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Anda disarankan untuk melaksanakan perkara berikut:
- Pemakanan yang sihat
- Berehat dan melakukan aktiviti untuk mengurangkan tekanan
Kami tidak boleh memberi ulasan mengenai diagnosis yang anda telah perolehi tanpa mengetahui laporan keputusan kesihatan yang sebenar kerana dinding rahim yang tebal boleh disebabkan pelbagai faktor.
Walaubagaimanapun, setiap penyakit memiliki penawar begitu juga masalah yang anda alami.
Rawatan yang diberikan berdasarkan penyakit yang anda hadapi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.