Sulit
3 tahun
Masalah haid kali terakhir datang bulan 6 lalu dan sehingga kini belum datang lagi .hanya saya perasan ada sikit2 tompokan warna coklat d seluar
Assalammualaikum dan slmt sejahtera doktor. saya berumur 31 tahun dan saya ingin bertanya mengenai masalah yang saya hadapi .2019 saya mengandung dan 2021 bulan january saya selamat melahirkan baby. semasa di dalam pantang, saya diagnosis Hepatitis B iaitu masalah hati .dan sehingga sekarang saya masih lagi bergantung pada ubat yang diberikan oleh doktor .berbalik pada masalah yang saya hadapi adalah tentang haid .kali terakhir saya datang haid pada bulan 6 lalu selama 8hari dan kemudian sehingga hari ini belum datang lagi .saya perasan ada keluar tompokan warna coklat sedikit .persoalan saya, adakah penyakit saya ada berkaitan dengan masalah haid dan adakah penyakit saya juga dikategorikan penyakit kronik ? Terima kasih doktor
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walaubagaimanapun berikut hanyalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Kitaran haid yang tidak teratur dialami apabila jarak antara haid anda kerap berubah atau lari dari kitaran waktu yang kebiasaanya. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca berlakunya haid tidak teratur. Punca utama ialah:
- Penyusuan
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penyusutan atau peningkatan berat badan yang mendadak
- Penggunaan ubat tertentu
- Senaman yang tidak mematuhi garis panduan
- Gangguan kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS), gangguan tiroid, dll
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Secara umumnya kategori ‘penyakit kronik’ haya ditermakan kepada kondisi tubuh yang menjangkaui tempoh waktu tertentu. Beza penyakit beza tempoh tersebut. Sehingga kita tidak dapat mengenal pasti selagi tidak mendapatkan rawatan secara menyeluruh.
Tompok coklat yang puan alami boleh dijadikan pertanyaan yang disusuli dengan pemeriksaan dalam (sekiranya perlu). Kerana ia boleh menjadi salah satu tanda/gejala penyakit atau hanya merupakan kesan darah haid yang sedikit.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Puan perlu bimbang denagn kondisi sekarang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian puan
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah puan sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar puan mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Puan juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!