Sulit
3 tahun
Masalah haid selepas makan pil hormon
Saya berumur 20-an tahun, baru berkahwin dan pjj dengan suami. Selepas 3 bulan pjj, suami pulang ke tempat saya selama sminggu shj . Saya ingin bersama namun saya dijangka akan haid. Jadi, saya jumpa Dr untuk minta pandangan dan Dr beri saya ubat hormon tahan haid(norelut). Saya makan 3 hari sebelum estimated haid. Tapi, 2 hari slps saya makan ubattu, saya bersama dengan suami, darah keluar dgn banyak sekali. Saya pun tetap makan ubattu walaupun saya sudah datang haid. Hari seterusnya cuma keluar coklat2 yg sgt sikit smpai hari ke 9. Lalu, tika kami bersama, darah tiba2 keluar dgn banyak. Slps itu, darah kembali coklat2 sikit shj. Boleh Dr berikan pandangan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah haid tidak teratur ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Mengambil pil perancang kehamilan (ambil masa sebelum haid kembali normal setelah anda berhenti mengambilnya)
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome (PCOS)
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!