Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Masalah haid tidak datang hampir setahun

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 16, 2021 1:53 PM

Sulit 48 hari

Saya kahwin bulan 7 2020. Saya last datang period pada bulan 6(period teratur tiap² bulan) selepas saya kahwin period tak datang langsung smpai skrg… dah banyak kali prgi klinik,cek darah smua okay… apakah masalah yang saya hadapi sbenarnya??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 48 hari
General Practitioner

Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami

Berdasarkan keterangan yang diberikan, anda mengalami masalah haid lewat. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam masalah ini.

Untuk pengetahuan anda, gejala haid lewat boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Mengambil pil perancang kehamilan

Ia juga boleh berlaku akibat perkara yang lebih serius yang memerlukan pemeriksaan doktor seperti

  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Anda juga digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.

Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar ginekologi

Dikemaskini pada: Wed Jun 16 2021 13:53:09 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid lewat secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19