kiranarazak
6 tahun
Masalah haid tidak teratur cuma 3hari sahaja
salam doc, saya seorang wanita berumur 27tahun baru sahaja berkahwin pertengahan bulan 10 tahun lepas. Masalah saya, period saya hanya 3hari saja pada bulan ini. hari pertama sedikit, hari kedue banyak sedikit dan hari ke-3 macam dah last day n belah malam kosong. Saya juga tidak mengambil sebarang pil perancang atau apa2 supliment. apakah rumusan yang bole dibuat dgn masalah saya? adakah ianya memerlukan sy untuk berjumpa dgn doctor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, harus diketahui bahawa haid yang teratur adalah haid yang datang setiap 28 hari. Minimal setiap 24 hari hingga selewat 38 hari. Sementara itu, lama tempoh haid yang normal adalah sekitar 2 hingga 8 hari. Justeru, haid anda disini masih dalam batas normal.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























